Umum

Perhimpunan Agung UMNO ditangguh tidak diadakan semasa banjir? lapor Utusan

Ketika spekulasi kuat Parlimen bakal dibubarkan pada Jumaat bagi memberi laluan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan tahun ini juga, UMNO juga sudah membuat keputusan menangguhkan Perhimpunan Agungnya (PAU) secara serta-merta.

Sepatutnya PAU yang menghimpunkan semua ahli akar umbi parti itu diadakan pada 23 sehingga 26 November ini tetapi ia sudah ditunda, menurut laporan Utusan Malaysia hari ini kerana bagi memberi laluan PRU-15 diadakan terlebih dahulu.

Bagaimanapun, pengkritik membidas langkah UMNO yang mahu mengadakan PRU-15 secara tergesa-gesa semasa bencana banjir diramalkan berlaku bermula hujung tahun (November-Disember) ini, malah ketika ini beberapa negeri juga sudah berdepan banjir akibat hujan lebat.

Utusan melaporkan sumber memberitahu portal tersebut, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa perjumpaan dengan semua pemimpin Bahagian UMNO seluruh negara mengumumkan penangguhan PAU dan tarikh baharu akan diumumkan kelak selepas berakhir PRU-15 nanti.

“Dalam dewan semalam, Presiden bagi petunjuk bila Parlimen akan dibubarkan. Beliau tak bagi tarikh, tapi ada petunjuk. Rasanya dalam beberapa hari terdekat.

“Petunjuk terbesar apabila UMNO buat keputusan untuk menangguhkan Perhimpunan Agung (PAU). Sepatutnya kami ada PAU sebelum hujung November, tapi bila Zahid kata akan tangguhkan selepas PRU-15, itu adalah satu petunjuk yang jelas,” kata sumber.

Nampaknya, keutamaan UMNO kini adalah PRU-15 berbanding PAU yang sepatutnya diadakan pada November.

Sumber berkata, Zahid berkata bahawa perjumpaan semalam merupakan yang terakhir sebelum PRU-15, dan itu sekali gus memberi isyarat bahawa pembubaran Parlimen akan berlaku dalam masa terdekat.

“Satu lagi, Ahmad Zahid juga sebut, tak silap dalam sidang media pun sebut yang sama, bahawa perjumpaan semalam adalah pejumpaan terakhir UMNO sebelum PRU15. Maka, ini jelas menunjukkan bahawa sikit masa lagi besar kemungkinan Parlimen akan dibubarkan dan beri laluan PRU-15,” kata sumber itu.

Semalam satu perjumpaan tertutup UMNO diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Ia melibatkan 764 pemimpin sayap 191 bahagian yang terdiri daripada Ketua UMNO Bahagian, Ketua Wanita UMNO, Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Puteri UMNO.

Sumber: Agenda Daily

PALING POPULAR

To Top