Buletin

Perkongsian Najib di Facebook bahwa MTI akan membuka kampus di Indonesia adalah palsu.

Semalam, Najib Razak selaku bekas Perdana Menteri Malaysia berkongsi mengenai kekecewaan beliau apabila Massachusetts Institute of Technology dan Tsinghua University, memilih Indonesia sebagai hab pendidikan antarabangsa mereka dan bukan Malaysia.

Memetik laporan itu, bekas perdana menteri itu berkata keputusan MIT dan Tsinghua University untuk membina kampusnya di Bali menunjukkan dua universiti terkemuka dunia itu lebih memilih Indonesia berbanding Malaysia sambil menambah ia adalah satu perkara yang mengecewakan ketika negara dalam usaha menjadi sebuah hab pendidikan antarabangsa.

“Agak kecewa dengan pengumuman bahawa Massachusetts Institute of Technology (ranking #1 dunia) dari Amerika Syarikat dan Universiti Tsinghua (#17) telah memilih Indonesia dan bukan Malaysia untuk menubuhkan kampus universiti bersama,” ujarnya.

Beliau turut berkata sepanjang beliau memegang jawatan menteri pendidikan dan perdana menteri, sejumlah 11 universiti luar membina kampusnya di Malaysia.

“Ratusan ribu anak Malaysia mendapat manfaat disamping menjimat kos pendidikan mereka.
“Tapi rancangan ini seperti terhenti selepas PRU14,”katanya dalam sebuah hantaran Facebook semalam dan menambah rancangan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan terhenti selepas tumbang pada 2018.

Najib juga berkata rancangan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan terhenti selepas beliau tumbang pada 2018.

Beliau juga menyelitkan bahwa idea bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk membawa universiti Jepun ke Malaysia juga tidak menerima tindakan susulan.

“Jadi, saya harap menteri pendidikan hari ini akan berusaha untuk menarik Universiti Tsukuba dan lain-lain universiti terkenal dunia untuk mendirikan kampus di Malaysia agar negara teruskan hasrat bagi menjadi hab pendidikan antarabangsa serta menaikkan modal insan negara.”

Namun, pihak universiti berprestij Amerika Syarikat (AS) itu menafikan dakwaan yang diterbitkan oleh media Indonesia.

MIT berkata ia tidak pernah menandatangani sebarang kerjasama dengan Tsinghua University untuk membina kampus di Bali, sambil menambah pihaknya tidak mempunyai kaitan dengan kompleks univerisiti yang sedang dibina di pulau peranginan itu.

Disember lalu, bekas gabenor Bali Made Mangku Pastika memberitahu media bahawa sebuah universiti teknologi sedang dibina dengan kerjasama dua universiti.

Sumber Berita: Malaysianow

PALING POPULAR

To Top