Umum

Peruntukan MP pembangkang, Takiyuddin akan jumpa Fadillah

Gambar Facebook

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Takiyuddin Hassan akan bertemu Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof minggu depan bagi membincangkan perkembangan berhubung peruntukan pembangkang.

Dilaporkan media, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS itu berkata, beliau akan mewakili Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin dalam pertemuan yang dijadualkan pada 13 Jun itu.

Beliau turut memaklumkan pihaknya dimaklumkan parti komponen kerajaan perpaduan sudah berbincang berhubung peruntukan Ahli Parlimen, namun pihak pembangkang tidak diberitahu mengenai perkembangan perkara tersebut.

“Kita nak tahu apakah syarat (peruntukan Ahli Parlimen pembangkang) dan selepas itu kita akan bincangkan sama ada boleh akur atau tidak dengan syarat yang diberikan itu,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kota Bharu hari ini, lapor Berita Harian.

Terdahulu, Fadillah dilaporkan berkata, draf memorandum persefahaman (MoU) berkait peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang hampir siap dan sedang dimuktamadkan.

PALING POPULAR

To Top