Travel

Pesara guru menunggang skuter sejauh 30 ribu KM

Foto kredit ceritaku.my

Mohammad Lasim Deraman telah mencatat sejarah apabila berjaya menunggang skuter jenis Yamaha NMAX 155 sejauh 30,000 kilometer menrentasi 7 buah negara.

Pesara guru yang berumur 57 tahun telah memulakan perjalanannya pada Disember 2019, hampir 4 tahun lepas di Kota Bharu dan kemudiannya ke Thailand, Myanmar, India, Nepal, China dan akhirnya Laos.

Covid-19 dan salji tebal yang mengakibatkan sebahagian laluan di pergunungan Himalaya tepaksa ditutup adalah antara sebab ekspedisi itu memakan masa yang lama.

Ada juga beberapa peristiwa yang memaksa beliau pulang ke tanahair seperti penutupan laluan Zojila Pass yang menghubungkan Ladakh dan Kashmir pada pertengahan tahun 2022.

Bercerita tentang pengalaman sewaktu di Zojila pass, Mohammad Lasim menggambarkan keadaan yang berbahaya seperti fizikal jalan yang licin, berbatu, gaung yang dalam dan tidak berpagar.

Meretasi laluan 50km yang berketinggian 3,548 meter dari aras laut itu bagaikan penyeksaan kerana perjalanan menunggang skuter pada kelajuan perlahan mengambil masa 3 jam.

Tetapi segala penat dan pengorbanan melalui laluan tersebut menjadi berbaloi dengan pandangan panorama yang memukau dan menakjubkan.

Ini bukan kali pertama pesara guru itu melakukan ekspedisi dengan menunggang motosikal. Terdahulu, beliau telah kunjung ke Indonesia, Laos, Vietnam, Thailand dan benua Afrika sejak tahun 2008 lagi.

Menunggang motosikal mengembara ke luar negara memberikan peluang kepada beliau mengenal lebih dekat budaya sesuatu komuniti jika dibandingkan dengan apa yang dapat dilihat di kaca televisyen ataupun di media sosial.

 

PALING POPULAR

To Top