Umum

Pesawat terhempas di Bandar Elmina

Sebuah pesawat terbang ringan terhempas di sebatang jalan di Bandar Elmina dekat Shah Alam.

Sumber-sumber agensi kerajaan memberitahu, insiden itu berlaku kira-kira jam 2.45 petang, melibatkan beberapa orang mangsa.

Status mereka setakat ini belum dapat disahkan.

Insiden itu berlaku kira-kira lima kilometer daripada ‘Jambatan Pelangi’ yang menjadi mercu tanda kawasan itu.

Seorang pegawai bomba memberitahu Malaysiakini, mereka berkejar dari stesen Kota Anggerik dan Sungai Buloh setelah mendapat panggilan telefon pada jam 2.53 petang.

“Setakat ini, maklumat awal mendapati terdapat enam mangsa.

“Kesemua mereka tidak sedarkan diri,” katanya.

Berdasarkan beberapa posting di media sosial, penunggang motosikal turut terlibat dalam kemalangan itu.

Sumber: MalaysiaKini

PALING POPULAR

To Top