Umum

PH Negeri Sembilan tidak tunai janji berhubung status tanah pajakan kepada pegangan kekal?

Negeri Sembilan menjadi negeri pertama di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menunaikan janji menukar status tanah perumahan daripada pajakan kepada hak milik kekal seperti mana dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Namun, sehingga ke hari ini ada beberapa kawasan di Negeri Sembilan terutama di Taman Desa Rhu, Sikamat masih menanti jawapan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengenai status tanah kediaman mereka.

Ketua Bahagian Bersatu Seremban, Fazly Hamid berkata rata-rata kediaman di Taman Desa Rhu ini masih dalam pajakan 99 tahun.

“Kesemua kediaman di sini sudah berusia lebih 40 tahun, apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) berjanji untuk menukar status kepada hak milik kekal dalam manifesto pasti tiada siapa yang ingin menolak,

“Namun setelah sekian lama PH memerintah di Negeri Sembilan, kita masih tidak nampak janji itu ditunaikan”, ujarnya.

Beliau turut kesal apabila ada harga yang perlu dibayar bagi menukar status kediaman dan berharap kerajaan PH menunaikan janji tanpa membebankan penduduk di sini.

“Kebanyakan mereka yang tinggal di sini adalah ibu tunggal dan pesara, jadi sekiranya diperlukan dana pembayaran pastinya mereka tidak mampu,

“Jadi saya menyeru kerajaan PH tunaikan janji, kasihan kepada penduduk Taman Desa Rhu ini dan realisasikanlah impian mereka untuk jadikan kediaman mereka sebagai pegangan kekal,

Ketika mengulas mengenai tuntutan itu, Fazly dengan tegas menuntut penjelasan dari MB Aminuddin mengenai janji tersebut dan harap ia dapat dilaksanakan.

“Saya minta untuk MB Negeri sembilan turun padang, beri penjelasan kepada penduduk Taman Desa Rhu ini dan fikirkan jalan terbaik untuk membantu mereka, tegasnya”.

Beliau juga berharap, kerajaan hari ini perlu komited dan fokus dalam usaha membantu rakyat untuk meneruskan hidup.

“Kerajaan perlu pelbagaikan insiatif yang sedia ada, bagi meningkatkan ekonomi agar rakyat tidak terbeban dengan masalah inflasi dan kos sara hidup pada masa kini”.

PALING POPULAR

To Top