Entertainment

Pihak pengurusan Ahirine tampil perjelaskan isu gambar mesra dengan Aedy Ashraf

Selepas ditimpa kontroversi gara-gara foto mesra yang dikongsi pelakon Ahirine Ahiruddin, pihak pengurusan tampil memberi penjelasan.

Memetik laporan Gempak, pengurus dan juga Ketua Bahagian Perniagaan Domestik, WebTVAsia, Suzana Sukaimi memaklumkan bahawa foto yang dimuat naik tersebut adalah untuk mempromosi filem Tebus yang mula ditayangkan di Prime pada Khamis lalu.

“Gambar tersebut dimuat naik beberapa hari setelah selesai tayangan khas bersama media baru-baru ini di Instagram Ahirine beserta Poster filem Tebus yang ditayangkan di Prime pada 31 Ogos.

“Sebagai pelakon utama, turut dedikasi menyediakan bahan-bahan promosi seperti behind the scene photos, videos dan sebagainya bagi mempromosi dan menghargai karya Tebus.

“Gambar bersama kapsyen ‘A little romance wont hurt Ana & Johan’ itu adalah antara babak-babak behind the scene watak Ana & Johan selepas melalui banyak halangan dan akhirnya bahagia.

“Kami percaya produksi Tebus juga gembira kerana dapat banyak feedback dan respon positif,” jelasnya kepada Gempak.

Namun begitu, Suzana berkata, foto tersebut telah dipadam demi menghormati pihak-pihak tertentu dan bagi mengelakkan isu ini berpanjangan.

“Untuk menghormati pihak-pihak tertentu, dan tidak menjadi isu berpanjangan, gambar itu sudah pun diturunkan,” katanya.

Dalam pada itu, Suzana memuji sikap profesional Ahirine yang sentiasa memberi komitmen penuh untuk filem tersebut.

“Sebagai pelakon utama juga, Ahirine secara profesional dan penuh dedikasi komited untuk mengikut jadual yang ditetapkan bagi promosi filem lakonannya sendiri demi peminat dan pelakon.

“Ahirine memberikan 100% komitmen untuk menghargai hasil lakonannya sendiri, serta sangat dedikasi mengikut jadual yang ditetapkan bagi mengangkat watak Ana di dalam Tebus,” tuturnya.

PALING POPULAR

To Top