Politik

Pilihan Raya (PRN) Melaka berlangsung November ini

Hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 8 November manakala tarikh mengundi pada 20 November depan.

Perkara itu telan dimaklumkan oleh Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh dalam sidang media sebentar tadi.

“Tarikh-tarikh PRN DUN Melaka ke-15 seperti berikut, tarikh writ pilihan raya pada 18 Oktober (Isnin), tarikh penamaan calon pada 8 November (Isnin), tarikh mengundi awal pada 16 November (Selasa), tarikh mengundi pula pada 20 November 2021 (Sabtu),” jelasnya.

Tambahanya lagi, Jelasnya lagi, sebanyak 28 pengurus pilihan raya dilantik dibantu 80 Penolong Pegawai Pengurus.

Manakala bagi pemantauan pula SPR telah menubuhkan 28 pasukan petugas kempen pilihan raya yang diwakili Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan dan wakil-wakil calon bertanding.

“Pengunaan daftar pemilih terkini sehingga 3 Oktober 2021 melibatkan 495,196 orang pengundi.

“SPR menyasarkan 70 peratus pengundi keluar mengundi. SPR memohon kerjasama semua pihak parti politik dan media dalam mengalakkan pengundi keluar mengundi,” jelasnya lagi.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Okt lalu selepas Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam bersetuju membuat keputusan itu.

Ia susulan empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kerajaan negeri

PALING POPULAR

To Top