Umum

PKS digesa gunakan DuitNow, e-dompet sebagai kaedah pembayaran

Gambar Hiasan

Badan perniagaan menggesa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerima pembayaran e-dompet dan menggunakan perkhidmatan seperti DuitNow untuk mengurangkan masa pengeluaran dan meningkatkan jualan serta aliran tunai.

Menurut Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (Samenta), bank biasanya menyelesaikan pembayaran kepada peniaga dalam tempoh 48 jam.

Presiden Samenta William Ng berkata “Samenta telah bekerjasama dengan bank untuk menggalakkan sebanyak mungkin PKS menggunakan QR Pay dan menerima pembayaran e-dompet.

“Ini mengurangkan kelewatan pengeluaran yang disebabkan, antara lain oleh perjanjian bank yang menerima transaksi dengan penyedia kad pembayaran.”

Mengulas lanjut beliau berkata, walaupun pembayaran melalui kad kredit pilihan lebih baik untuk PKS menerima pembayaran masa nyata namun ia mungkin tidak sesuai berikutan kebimbangan potensi penipuan kad dan transaksi melibatkan kad kredit keluaran asing.

Bagaimanapun, Presiden Samenta itu menyatakan isu lebih besar untuk PKS iaitu kadar komisen yang tinggi, dikenali sebagai kadar diskaun saudagar (MDR), yang dikenakan dengan bank yang menerima transaksi kepada peruncit.

“Sesetengah kedai rangkaian besar dan stesen minyak dikenakan caj MDR serendah 0.25 manakala PKS lazimnya dicaj 1.5 hingga 5%,” katanya dilaporkan FMT.

“Sudah tiba masa untuk Bank Negara Malaysia mengambil tindakan dan membuat kajian lain bersama-sama bank untuk melihat bagaimana kadar ini boleh diturunkan ke tahap minimum, pembayaran e-dompet kini menjadi kelaziman.”

Pada Jumaat lalu, Presiden MCA Wee Ka Siong berkata bank harus menyelesaikan pembayaran kepada peniaga dalam tempoh 48 jam untuk meningkatkan aliran tunai peniaga dan meningkatkan “halaju wang” ekonomi.

Beliau juga berkata, bank tidak perlu lagi menjadikan cuti umum dan hujung minggu sebagai alasan untuk menangguhkan pembayaran kepada peniaga, terutama dengan peningkatan penggunaan e-pembayaran dan automasi teknologi maklumat.

Kuala Lumpur Malay Chamber of Commerce (KLMCC) turut senada dengan Samenta yang turut menyatakan caj MDR menjadi isu yang kerap dibangkitkan dalam perbincangan QR Pay, DuitNow dan e-dompet dalam kalangan peniaga.

Presiden KLMCC, Ahmad Hussein berkata seiiring dengan matlamat meningkatkan produktiviti perniagaan dan perusahaan pmks, pihaknya terus menggalakan penggunaan QR Pay (DuitNow) sebagai kaedah urusniaga kerana ia mempunyai “entry barrier” yang rendah dan mudah untuk digunakan oleh semua lapisan perniagaan termasuk perusaahan mikro dan penjaja.

“Bagaimanapun, isu MDR ini sering menjadi isu berbangkit dalam membincangkan penggunaan QR Pay,” ujar beliau.

Setiausaha Agung Persatuan SME Malaysia, Chin Chee Seong, setuju bahawa sebarang kelewatan pembayaran, terutama semasa cuti umum adalah tidak boleh diterima.

“Bagi peruncit dan PKS yang lebih kecil, satu hingga dua hari tidak begitu penting, tetapi jika anda bercakap tentang urus niaga lebih besar, jenis transaksi yang lebih besar setiap hari, maka ia pasti akan menjejaskan aliran tunai,” katanya sambil menambah ia kemudian akan menjejaskan pembayaran kepada pembekal.

PALING POPULAR

To Top