Umum

Lembaga pengampunan setuju kurangkan hukuman dan denda Najib

Gambar Najib Razak

Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersetuju mengurangkan hukuman dan denda yang dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak sebanyak 50 peratus.

Dalam satu kenyataan, lembaga tersebut mengesahkan hukuman penjara bekas Perdana Menteri itu dikurangkan daripada 12 tahun ke 6 tahun, dan denda terhadapnya dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 yang bersidang pada 29 Januari 2024 telah mempertimbangkan sebanyak lima (5) kertas pengampunan termasuk

permohonan YBhg. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Lembaga tersebut telah dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka

Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah lbni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Dengan demikian, tarikh pembebasan awal Najib adalah pada 23 Ogos 2028, dan akan ditambah selama setahun kepada 23 Ogos 2029 sekiranya denda tidak dibayar.

 

 

PALING POPULAR

To Top