Umum

Polis kesan pemandu BMW berkelakuan samseng di jalan raya

Polis sedang mengesan pemandu kereta jenis BMW berwarna putih kerana memandu secara berbahaya sehingga menganggu pengguna jalan raya yang lain pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim, tular di media sosial video berdurasi 2 minit 50 saat memaparkan kejadian yang berlaku di Kilometer 10 Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur ke Klang.

“Video berdurasi 2 minit 50 saat memaparkan kenderaan telah menekan brek secara mengejut beberapa kali dan dengan sengaja berhenti di lorong kiri dan menganggu pengguna jalan raya yang lain.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1897,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mohd Iqbal menyeru saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat untuk membantu siasatan.

Mereka boleh hubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Mohd Zulkifli Razak ditalian 019-4475767 atau mana-mana balai polis berdekatan.

PALING POPULAR

To Top