Umum

Polis menahan lelaki yang disyaki membuat catatan berbaur ugutan terhadap menteri

Gambar Hiasan

Seorang lelaki yang disyaki membuat catatan berbaur ugutan jenayah di media sosial terhadap Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek telah ditahan polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Shuhaily Mohd Zain berkata lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di Setapak, Kuala Lumpur hari Jumaat.

“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” tegas Shuhaily dalam kenyataan.

Polis turut mengingatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu sensitif terutama melibatkan keselamatan dan kegentaran awam ketika menggunakan media sosial.

Menurutnya, setakat ini terdapat 4 laporan diterima berhubung isu ini dan permohonan reman dibenarkan selama tiga hari.

Kes disiasat bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

PALING POPULAR

To Top