Umum

Polis siasat kamera tersembunyi di dalam tandas inap desa

Gambar Hiasan

Seorang wanita membuat laporan polis mendakwa menemui kamera kecil tersembunyi ketika menginap di sebuah inap desa di Jelutong, Pulau Pinang.

Menurut Ketua Polis Timur Laut Razlam Ab Hamid, insiden tular membabitkan pengadu berusia 24 tahun itu dikesan selepas satu hantaran dimuat naik oleh di aplikasi X menerusi akaun ‘isu semasa viral’.

“Kita mengesan satu hantaran dimuat naik yang tular di media sosial apabila penghuni sebuah inap desa mendakwa menjadi mangsa intip menggunakan kamera tersembunyi dalam bilik air,” katanya.

Dalam suatu kenyataan, Razlam berkata pengadu mendaftar masuk di inap desa terbabit bersama tiga rakannya pada 5 Februari untuk tujuan bercuti sebelum mendakwa terjumpa kamera tersembunyi dalam bekas pewangi tandas di bilik air dan seterusnya memaklumkan pengurusan inap desa dan membuat laporan polis.

Beliau berkata hasil pemeriksaan awal terhadap kamera itu mendapati tiada imej atau video yang terkandung dalamnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top