Umum

PRK Kuala Kubu Baharu diadakan pada 11 Mei

Gambar Hiasan

Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu akan diadakan pada 11 Mei dengan penamaan calon dijadualkan pada 27 April, dan undi awal pada 7 Mei.

PRK itu diadakan susulan kematian Adun (DAP) daripada Pakatan Harapan (PH) Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat penyakit kanser ovari.

Beliau telah berkhidmat di kawasan itu dari tahun 2013 selepas menewaskan Ooi Hui Wen dari MCA dengan majoriti 1,702 undi.

Pada pilihanraya tahun 2018, beliau mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 7,134 undi mengalahkan calon MCA Wong Koon Mun.

Pada PRN Ogos tahun lalu, Lee menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) daripada Gerakan Henry Teoh dengan majoriti 4,119 undi.

 

PALING POPULAR

To Top