Pada perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian Bera di Dewan Konvensyen Bera pada Sabtu.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri berkata bahwa sekarang bukan masa sesuai untuk beliau membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dapat diadakan.
Beliau terpanggil berkata demikian ketika mengulas pandangan pelbagai pihak yang mencadangkan PRU15 segera dilaksanakan dengan alasan sekarang masa yang paling sesuai.
“Semua pihak perlu memberi masa kepada saya untuk melaksanakan amanah sebagai perdana menteri meneraju kerajaan bagi memulihkan ekonomi dan masalah kesihatan rakyat”,
Tambahan beliau, UMNO perlu kembali ke matlamat asal perjuangan iaitu menyatukan bangsa dan bukan bersengketa sesama sendiri.
“Kita tidak boleh menafikan kerana besar atau kecilnya memang ada sedikit pergeseran, kita belum memerintah kita mula hendak bergeser sesama sendiri.
“Kita belum memerintah, kalau kita dah pun menang lain cerita sikit, ini kita dalam zon kekalahan kita sudah lupa bahawa pepecahan boleh membawa keruntuhan kepada kita,” ujarnya.
Selain itu, “kejayaan UMNO dan BN memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka bulan lalu bukan ukuran sebenar penerimaan rakyat kepada parti itu”,
“Sebaliknya UMNO dan BN hanya meraih peningkatan undi popular kurang satu peratus selain peratusan keluar mengundi yang rendah”.