Buletin

Rakyat Malaysia bakal menikmati rangkaian 5G

Malaysia bakal menjadi negara pertama di rantau ini yang membina ekosistem 5G menggunakan internet dan perkhidmatan awan dalam masa sebenar.

Tan Sri Muhyiddin Yassin selalu pengerusi Majlis Pemulihan Negera (MPN) terlibat dengan pelbagai perbincangan, termasuklah sesi libat urus dalam menjayakan usaha ini.

Menurut beliau, “Saya telah dimaklumkan bahawa cadangan yang dikemukakan dalam Laporan Pasukan Petugas 5G Kebangsaan dan Laporan Akhir Peruntukan Jalur Spektrum untuk Perkhidmatan Jalur Lebar Mudah Alih oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak berjaya dilaksanakan kerana perbezaan kepentingan di kalangan syarikat telekomunikasi,

“Namun, perbincangan bersama pakar industri telah mencadangkan pembentukan sebuah syarikat tujuan khas, atau Special Purpose Vehicle (SPV), yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan untuk melaksanakan rangkaian borong tunggal 5G ke seluruh negara,

“Kapasiti 5G dan akses secara borong (wholesale) akan disediakan kepada syarikat telekomunikasi sedia ada melalui SPV ini”.

Beliau juga menekankan bahawa model pelaksanaan tersebut adalah amat penting untuk memastikan keterangkuman dan penyediaan perkhidmatan 5G yang mampu dinikmati oleh setiap golongan rakyat pada masa hadapan ini termasuk:-

Antaranya, SKMM akan memastikan rangkaian 5G dapat dibangunkan dengan cepat pada kos yang lebih rendah.

Selain itu, DNB telah melaksanakan tender melalui Request for Proposal (RFP). Dimana, penilaian tender yang dijalankan meliputi aspek teknikal, komersial dan sosio ekonomi Kos pelaksanaan rangkaian 5G akan dibiayai sepenuhnya oleh DNB.

Kepentingan kontraktor Bumiputera juga akan diutamakan di dalam projek 5G melalui DNB. Ini adalah kerana salah satu syarat projek 5G ialah keperluan untuk memanfaatkan lebih 60% kontraktor Bumiputera dan kontraktor dari Malaysia dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Tambahan lain, beliau menekankan beberapa implikasi akan mengakibatkan risiko reputasi terhadap Kerajaan, termasuklah:

Kehilangan keyakinan pelabur akibat perubahan pendirian Kerajaan, Implikasi serius dari aspek kewangan dan perundangan ke atas negara dan DNB sekiranya sebarang pelanggaran atau penamatan kontrak disebabkan oleh penukaran model.

Kesimpulannya, beliau mengatakan model SWN yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan mempunyai kelebihan untuk melaksanakan rangkaian 5G dengan pantas, pada kos paling rendah dan kualiti yang lebih baik.

“saya menyambut baik keputusan Telekom Malaysia Berhad yang telah menandatangani perjanjian percubaan bersama DNB,”

“Saya berharap Kerajaan akan mempertimbangkan perkara-perkara ini dalam menentukan model pelaksanaan yang paling sesuai untuk seluruh rakyat”.

Pelaksanaan 5G ini adalah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk menghubungkan perkhidmatan ke kawasan-kawasan luar bandar, di mana syarikat telekomunikasi yang lazimnya dipacu keuntungan komersial, gagal menyediakan liputan.

PALING POPULAR

To Top