Umum

PUMA henti taja pasukan bola IFA

Gambar Hiasan

Jenama sukan Puma hentikan menaja pasukan bola sepak kebangsaan Israel pada 2024.

Media melaporkan jurucakap syarikat itu berkata langkah tersebut telah dirancang sejak tahun lalu dan bukan berkaitan peperangan yang sedang berlaku di Gaza.

Terdahulu, Puma menghadapi gesaan boikot susulan kerjasamanya dengan Persatuan Bola Sepak Israel (IFA), dan gesaan itu semakin kuat dilaungkan selepas serangan Israel ke atas Gaza dua bulan lalu, yang telah membunuh puluhan ribu rakyat Palestin.

Dalam satu kenyataan kepada Reuters, Puma berkata, kontrak syarikat itu dengan beberapa persekutuan bola sepak, termasuk Serbia dan Israel, akan tamat pada 2024 dan tidak akan diperbaharui.

Katanya, syarikat itu tidak lama lagi akan mengumumkan perjanjian dengan beberapa persekutuan bola sepak baharu dan menyebutnya sebagai salah satu strategi ‘kecil yang lebih baik’.

Puma menandatangani kontrak dengan IFA untuk menyediakan kit kepada pemain pasukan itu sejak 2018.

Sejak itu, syarikat itu telah menghadapi gesaan boikot daripada aktivis, dengan mengatakan IFA merupakan pasukan yang berpangkalan di penempatan Yahudi di Tebing Barat, dan ia menyalahi undang-undang antarabangsa.

PALING POPULAR

To Top