Umum

Paxlovid masih berkesan merawat COVID 19

Gambar Pfizer

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan menyatakan ubat antiviral Paxlovid masih berkesan bagi merawat pesakit COVID19 meskipun terdapat kemunculan varian baharu.

Kata beliau rawatan antiviral itu boleh mengurangkan gejala COVID-19 dan mengelakkan penyakit daripada menjadi lebih teruk.

Menurutya pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi iaitu individu berusia 60 tahun dan ke atas, mempunyai daya tahan badan rendah, mempunyai apa-apa komorbid atau obesiti disaran mendapatkan rawatan Paxlovid.

“Paxlovid berkesan apabila diambil dalam tempoh lima hari daripada hari gejala bermula. Oleh itu, pesakit yang berisiko tinggi disarankan menjalani ujian sebaik sahaja mereka mempunyai gejala.

“Jika ujian COVID-19 didapati positif, sila dapatkan penilaian perubatan awal di fasiliti kesihatan yang berhampiran untuk menentukan kelayakan anda mengambil Paxlovid,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Muhammad Radzi menjelaskan bahawa tanggapan bahawa ubat itu tidak berkesan merawat pesakit COVID 19 mungkin disebabkan ia digunakan oleh golongan bukan berisiko atau pesakit lewat mendapatkan rawatan, mahupun interaksi dengan ubat lain khususnya pesakit yang mengambil ubat-ubatan untuk penyakit kronik.

 

 

PALING POPULAR

To Top