Umum

Raja Mohamed Affandi tegaskan bukan orang luar

Gambar FB BN

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menegaskan walaupun lahir di Besut, beliau bukannya orang luar sebagaimana dakwaan sesetengah pihak, tetapi anak jati Kemaman yang membesar di Kemaman.

“Ibu bapa saya dikebumikan di sini, begitu juga dengan adik beradik. Jadi, agak-agak kalau nak kata orang luar, tak luarlah.

“Saya telah berkorban dan datang sini nak tabur bakti. Tapi, tiada makna kalau tak dapat dukungan dan sokongan,” katanya dalam Wawancara Khas PRK Kemaman yang disiarkan di Facebook Barisan Nasional.

Bagaimanapun Raja Mohamed Affandi menyatakan beliau tidak memandang rendah lawannya yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dari Pas.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya negeri membatalkan kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Parlimen Kemaman pada 2 Disember ini dan pengundian awal pada 28 November dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

PALING POPULAR

To Top