Umum

Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora, MET Malaysia

Gambar Hiasan

Jabatab Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengemas kini AmaranHujan Berterusan (Bahaya, Buruk & Waspada) melibatkan negeri Kelantan,Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Perak dan Sabah pada hari ini (Ahad) berkuatkuasa sehingga 20 November 2023.

Menurut Ketua Pengarah MET Malaysia, amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora turut dikemas kini berkuatkuasa sehingga 21 November 2023.

“Berdasarkan analisis model-model cuaca, luruan monsun dijangka berlaku sehingga 21 November, yang boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di pantai timur dan utara Semenanjung Malaysia serta Sabah,” katanya dalam satu kenyataan media pada hari Ahad.

“Keadaan ini juga boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di Laut China Selatan pada masa yang sama,” jelasnya.

“Sementara itu, di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang yang lebih menyeluruh juga berpotensi berlaku dalam tempoh berkenaan,” ujarnya.

Beliau turut menasihatkan orang awan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

 

 

PALING POPULAR

To Top