Umum

Rakyat Malaysia berang aplikasi MYJPJ tidak boleh digunakan, dan menyusahkan.

Pada Jumaat, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) persendirian milik warganegara kini boleh menggunakan paparan digital melalui Portal Awam JPJ atau aplikasi MyJPJ.

Namun, sehari selepas aplikasi itu dilancarkan ia menerima pelbagai reaksi negatif daripada orang awam.

Aplikasi yang sepatutnya memudahkan pengguna itu,  ranap sekelip mata apabila tidak dapat menampung jumlah pengguna yang berpusu-pusu untuk mendaftar akibat runsing dengan perubahan yang terlalu drastik ini.

Melalui penilitian rata-rata pengguna mengalami masalah ketika cuba untuk mendaftar, tapi sistem memberitahu bahawa nombor kad pengenalan mereka telah didaftarkan.

“Saya telah mencuba sejak 3 petang hingga 6 petang, dan saya masih tidak dapat mendaftar akaun baharu.

“Tetapi setelah beberapa kali percubaan tiba-tiba sistem mengatakan akaun saya sudah tersedia. Namun, apabila saya cuba untuk memasuki akaun tersebut aplikasi itu tidak boleh digunakan, kata Chelsea Lee.

Selain itu, ada juga yang berjaya mendaftar sebelum aplikasi itu mengalami masalah tetapi muncul masalah yang lain pula.

John Tan yang berjaya mendaftar akaun sebelum orang ramai membanjiri sistem pendaftaran pada aplikasi dan laman web itu terkejut apabila melihat plat motosikal rambang didaftarkan di bawah namanya dalam aplikasi itu.

“Saya tidak memiliki motosikal dan tiba-tiba saya memiliki motosikal.

“Saya khuatir ada yang mendaftarkan kenderaan mereka di bawah nama saya, kata John Tan.

Beliau yang resah dengan keadaan itu mula menyemak saman, dan berasa lega hati apabila tiada tuntutan saman di atas namanya.

Penerbit Tammy Lo pula berkata dia berjaya mendaftar akaun melalui aplikasi JPJ pada Android, tetapi tidak dapat mengakses lesen memandu dan cukai jalannya pada aplikasi itu disebakan oleh sistem itu mengalami jumlah trafik yang tinggi.

“Sekarang, saya tidak perlu risau tentang tersalah letak lesen memandu saya atau ia dicuri.”

Sementara itu, sesetengah rakyat Malaysia mahu Menteri Pengangkutan Anthony Loke meneliti kualiti aplikasi JPJ.

“YB yang dihormati, laman (aplikasi) pastinya perlu diperbaiki dalam banyak aspek.

“Ia terlalu perlahan, dan mengalamai masalah semasa pendaftaran, apabila saya ingin menetapkan semula kata laluan, TAC (kod kebenaran transaksi) mengambil masa yang lama (untuk dihantar ke e-mel),” kata seorang pengguna.

“Paling penting, pastikan pelayaran sistem dapat menerima jumlah pengguna, kerana sehingga kini tidak dapat menerima TAC, juga tiada arahan atau butang bantuan yang jelas untuk membantu pengguna,” kata Facebook pengguna Kenny Kaz.

Dalam satu kenyataan semalam, Loke berkata projek perintis dalaman sedang dijalankan untuk memulakan penggunaan paparan digital cukai jalan dan lesen memandu.

Kedua-dua versi digital lesen memandu dan cukai jalan boleh dipohon melalui laman web JPJ di http://public.jpj.gov.my atau aplikasi MyJPJ mulai semalam dan seterusnya.

Dengan cukai jalan digital, Loke berkata pemilik kenderaan boleh menghapuskan paparan salinan cetak itu.

Sumber: The Star

PALING POPULAR

To Top