Umum

RM372.34 bilion untuk belanjawan 2023, ‘Bajet PRU-15’

Kerajaan Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini (7 Oktober 2022) akan mendedahkan pelan perbelanjaan Persekutuan berjumlah RM372.340 bilion untuk tahun depan, mengatasi bajet tahun ini sebanyak RM40 bilion.

Dalam Bajet 2023, sebanyak RM94.3 bilion telah diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan, yang tertinggi setakat ini, berbanding peruntukan untuk 2022 sebanyak RM71.2 bilion.

Di bawah perbelanjaan ini, peruntukan yang disalurkan kepada pertumbuhan ekonomi meningkat dua peratus, mengambil hampir satu perlapan daripada jumlah perbelanjaan pembangunan.

Unjuran untuk perbelanjaan mengurus 2023, sebaliknya, dijangka berkurangan kepada RM272.3 bilion daripada RM284.7 bilion tahun ini, kurang sebanyak kira-kira RM12 bilion.

Namun, kerajaan Ismail Sabri telah menggandakan perbelanjaan untuk bantuan sosial dan subsidi daripada hanya 5.2 peratus ketika Bajet 2022 kepada 11.3 peratus di bawah perbelanjaan mengurus tahun depan.

Langkah itu telah dijangkakan oleh pakar ekonomi memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sudah semakin hampir.

Emolumen untuk perkhidmatan awam negara juga diunjurkan berkurangan walaupun hanya di bawah dua peratus di samping pengagihan pencen. Gaji, elaun dan faedah merangkumi sehingga satu perempat daripada perbelanjaan mengurus.

Sementara itu, peruntukan 2023 untuk dana Covid-19 akan mengambil hanya 1.3 peratus. Di bawah Bajet 2022, peruntukan untuk dana itu adalah hampir tujuh peratus daripada jumlah belanjawan.

Sumber: Agenda Daily

PALING POPULAR

To Top