Umum

RM60 juta disalur kepada institusi pendidikan Islam

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah menyalurkan bantuan RM60 juta kepada 1,066 institusi pendidikan Islam merangkumi 558 sekolah agama, 413 tahfiz dan 95 pondok yang terjejas berikutan pandemik COVID-19.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Abd Aziz Jusoh, berkata peruntukan RM21 juta bagi Bantuan Khas Impak Pandemik COVID-19 juga diagihkan kepada institusi pendidikan Islam swasta berdaftar bagi bantuan sara hidup kepada guru dan bantuan pengurusan operasi institusi berkenaan.

“Setiap guru menerima RM800 dan dimanfaatkan seramai 20,512 penerima manakala sebanyak 1,849 institusi menerima manfaat bantuan pengurusan institusi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dipercayai bagi mengulas laporan sebuah akhbar tempatan berhubung dakwaan institusi tahfiz kini berada dalam keadaan terancam.

Institusi zakat di negeri-negeri turut menghulurkan bantuan asasi kepada guru-guru tahfiz yang terjejas pandemik ini.

JAKIM menyeru pengurusan dan pentadbiran institusi pendidikan Islam termasuk tahfiz agar dapat bersama-sama merancang inovasi baharu dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran atau pedagogi pendidikan tahfiz selaras dengan norma baharu.

“Penggunaan kemudahan teknologi secara optimum perlu diberi perhatian bagi memastikan pendidikan tahfiz tidak ketinggalan.

“JAKIM percaya bahawa semua pihak turut terjejas dan terkesan dengan pandemik ini, namun usaha perlu dilakukan secara bersama untuk berani keluar kepompong keselesaan bagi meneruskan perjuangan dan kehidupan secara norma baharu termasuk dunia pendidikan pada hari ini.

“Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan terus memberi perhatian sewajarnya kepada perkembangan pendidikan Islam termasuk tahfiz Kerajaan dan swasta dalam usaha melahirkan generasi al-Quran dan mencorakkan masa depan negara yang cemerlang,” katanya.

PALING POPULAR

To Top