Umum

Roger Ng selamat tiba di malaysia bagi membantu siasatan 1MDB

Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa sudah selamat tiba di Malaysia bagi membantu siasatan pihak berkuasa berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perkara itu telah disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan lokasi Roger Ng pada masa ini atas faktor keselamatannya.

Sebelum itu, dilaporkan bahawa Ketua Hakim Daerah Amerika Syarikat (AS), Margo Brodie di Brooklyn, telah mengarahkan Roger Ng menyerah diri kepada Perkhidmatan Marshal AS supaya dia boleh diserahkan kepada penguat kuasa undang-undang Malaysia.

Berikutan itu, Roger Ng dihantar balik ke Malaysia bagi tujuan pihak berkuasa di Malaysia meneruskan siasatan mengenai 1MDB atau Goldman Sachs.

Terdahulu, Roger Ng telah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di New York kerana membantu menggelapkan berbilion dolar dana kekayaan 1MDB.

 

 

PALING POPULAR

To Top