Umum

Rokok elektronik memudaratkan atau alternatif untuk berhenti merokok?

Lambakan rokok elektronik di Malaysia ini bagaikan ‘cendawan selepas hujan’. Bahkan, ia sudah menjadi satu normal baharu.

Populariti rokok elektronik dan vape ini juga semakin meningkat bukan sahaja dalam kalangan anak muda tetapi juga mereka yang lebih berusia, malahan berstatus VVIP.

Vape GIF - Find & Share on GIPHY

Ia bagaikan satu trend terkini!

Namun, adakah produk tanpa tembakau ini selamat digunakan?

Dari segi kesihatan, satu kajian dilakukan oleh Public Health England pada 2020 telah membuktikan bahawa menghisap vape dan rokok elektronik lebih baik berbanding merokok.

Selain itu, di GFN 2022 “Global Forum On Nicotine” yang berlangsung di Warszawa, Poland juga telah membentangkan beberapa segi keselamatan produk, dan piawaian yang boleh dijadikan tanda aras kepada pengguna.

Apa yang dibenarkan?

Pengguna liquid yang berasakan Propylene Glycol/Vegetable Glycerin (PV/VG) tidak akan mendatangkan permasalahan dalam kesihatan.

Fruit Eating GIF by Miley Cyrus - Find & Share on GIPHY

Namun, pembakaran tidak boleh melebihi (<200°C), lebih daripada itu ia akan mendatangkan kemudaratan kepada penggunanya.

Bagi perokok tegar (sekurang-kurangnya 1 kotak sehari), mg (milligram) yang disarankan adalah 18 mg/ml dan sekiranya pengguna itu hanya “social smoker” (beberapa batang sehari) mg yang disarankan adalah 12 mg/ml.

Bagi pengguna yang melebihi 18 mg/ml, seperti 24 dan 36 mg/ml, anda jangan cepat melatah kerana ia masih dibernarkan asalkan tidak melebihi daripada jumlah itu.

Apa yang tidak dibernarkan?

Bagi pengemar liquid yang berunsurkan “Artifical Buttery, butter, caramel flavour and vitamin E”, ini adalah satu berita yang kurang senang untuk dikongsi.

Kathryn Bernardo Drinking GIF by San Mig Coffee - Find & Share on GIPHY

Ia kerana pengunaan liquid sebegini akan menyebabkan penggunaannya mengalamai masalah kesihatan seperti “Popcorn lung” ataupun bahasa mudah radang paru-paru.

Tired Fitness GIF by The Real Cost - Find & Share on GIPHY

Jadi “watch out” jagalah paru-paru anda kerana ia amat berharga sekiranya kita masih nak tarik nafas yang panjang didunia *hihi.

Adakah ia memudaratkan?

Jika ada orang berkata bahawa rokok elektronik ini adalah 100% sihat, itu tidak benar tetapi ia jauh lebih baik daripada merokok.

Aerosol atau wap yang dihasilkan juga kurang beberapa dozen bahaya daripada asap tembakau.

Namun, sebagai pengguna anda haruslah membuat pilihan yang bijak dengan menyelaraskan piawaian yang telah dibentang.

Jadi tepuk dada, tanyalah selera.

Heart Love GIF - Find & Share on GIPHY

Pastikan anda mendapat akses kepada informasi yang tepat tentang produk-produk ini serta risiko penggunaan produk ini.

Kerajaan juga diharap dapat melakukan pemantuan terhadap produk elektronik dengan merangka undang-undang yang tepat dan melaraskan beberapa aspek keselamat terhadap produk ini agar penjualan vape ini terkawal.

PALING POPULAR

To Top