Umum

Sarawak berhasrat perkenalkan penilaian seperti UPSR untuk murid Tahun 6

Gambar Borneo Post

Boneo Post melaporkan seorang menteri Sarawak menyatakan Sarawak berhasrat membangunkan peperiksaan penilaian khusus bagi Tahun 6 di semua sekolah kerajaan.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD), Roland Sagah Wee Inn, berkata peperiksaan itu akan menyerupai Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), yang telah dimansuhkan Kementerian Pendidikan pada 2021.

“Ini kerana kita percaya itu satu-satunya kaedah untuk kita mengetahui prestasi sebenar pelajar,” katanya dalam satu program, hari Selasa.

Menteri Sarawak itu menyatakan penilaian penting dalam menentukan aliran mana murid patut diletakkan kerana ia boleh menjadi keaulitan kepada mereka sekiranya ditempatkan secara rawak dalam aliran yang tidak bersesuaian.

Sehubungan itu, beliau berkata kementeriannya belum menerima sebarang pelan tindakan berkaitan pembangunan kurikulum baharu 2027 Kementerian Pendidikan, namun mengakui kerajaan sedang mengumpul input dari seluruh negara bagi pelan tersebut.

“Saya rasa apa yang sedang dilakukan kerajaan persekutuan adalah menjalankan tinjauan mengumpul pandangan awam.

Secara peribadi, saya belum melihat pelan tindakan kurikulum dicadangkan, jadi saya tidak boleh komen dan seadilnya saya tidak dapat komen benda yang saya tidak lihat,” katanya.

 

 

Sumber Borneo Post

PALING POPULAR

To Top