Umum

Proton memperkenalkan model terbaru, Proton S70

Gambar Proton

Proton memperkenalkan model terbarunya Proton S70 di upacara pembukaan barisan pengeluaran di kilang mereka di Tanjung Malim.

Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan, dan Perindustrian (MITI), Datuk Hairil Yahri Yaacob.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Li Chunrong berkata selain nama rasmi, tagline untuk S70 diumumkan sebagai “Intelligence that Evolves” dan tempahan sudah dibuka mulai hari ini dengan bayaran RM500.

“Model sedan keluarga ini dilengkapi teknologi keselamatan pintar dengan enjin 1.5L turbo dan transmisi dwi-klac serta kami mempunyai harapan tinggi untuk ia kembali popular seperti model-model sebelum ini iaitu Wira, Waja dan Preve,” katanya.

Proton S70 adalah sedan dalam segmen-C yang juga model keempat dibangunkan bersama Geely selepas X70, X50 dan X90 hibrid ringan adalah model serba baharu kedua yang dilancarkan untuk tahun ini.

Pra-tinjaun S70 untuk pelanggan akan bermula 11 November nanti di beberapa lokasi.

“Syarikat melabur lebih dari RM1.8 bilion bagi menaiktaraf kemudahan di sini dengan membina barisan pemasangan enjin dan panel baru serta bengkel ‘stamping’ untuk mengembangkan rangkaian penawaran merangkumi lebih banyak Kenderaan Tenaga Baru (NEV) dan kenderaan elektrik,” katanya.

PALING POPULAR

To Top