Umum

‘Saya tak pernah beri komen begini’ – Erra Fazira hormati privasi Engku Emran

PELAKON terkenal Erra Fazira terkilan dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab yang dilihat sengaja ingin mencetuskan sensasi dengan mereka cerita tatkala nama bekas suaminya Engku Emran sedang hangat diperkatakan selepas bersecerai dengan isteri, Noor Nabila.

Menerusi perkongsian di Instagram stories, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chik menjelaskan dirinya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung ‘sikap sebenar’ Engku Emran seperti yang didedahkan sebuah hantaran di media sosial.

Katanya lagi, dia amat menghormati privasi Engku Emran sebagai bapa kepada anaknya.

“Jangan macam ni. Nak sensasi pun, jangan buat fitnah. Saya tak pernah memberikan sebarang komen sebegini.

“Saya hormat privasi ayah kepada anak saya dan pasangan,” tulisnya.

Malah, Erra turut berkongsi tangkap layar yang memaparkan tajuk sebuah hantaran yang dipercayai dimuat naik di aplikasi Facebook.

Dalam hantaran tersebut, Erra didakwa tahu mengenai sikap sebenar Engku Emran yang menjadi punca penceraiannya dengan Noor Nabila.

Sementara itu, pelakon filem Sembilu ini turut mengingatkan semua pihak untuk tidak mempersenda kehidupan orang lain lebih-lebih lagi selepas ditimpa ujian.

“Jangan persendakan perjalanan hidup seseorang bila mana kita sendiri tak tahu nasib dan perjalanan kita kelak,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Engku Emran melafazkan cerai talak satu terhadap Noor Nabila di Mahkamah Rendah Syariah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin.

Untuk rekod, Engku Emran dan Noor Nabila telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 19 Mac 2021 dan ia merupakan perkahwinan ketiga buat Nabila selepas bercerai dengan Sharnaaz pada 9 Julai 2020.

Hasil perkongsian hidup dengan Sharnaaz, mereka dikurnikan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Sementara itu, Engku Emran pula pernah mendirikan rumah tanga dengan Erra pada 25 Oktober 2007.

Bagaimanapun, perkahwinan mereka itu hanya bertahan selama tujuh tahun.

Engku Emran dan Erra dikurnikan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 14 tahun.

Malah, Engku Emran juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017 namun, bahtera perkahwinan tersebut turut berakhir dengan penceraian. –Gempak

PALING POPULAR

To Top