Umum

Kemenangan ahli parlimen Kemaman dibatalkan

Mahkamah Pilihan Raya telah menrima petisyen dan membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Kemaman yang dimenangi oleh Che Alias Hamid.

Pada PRU15, PN berjaya meraih kemenangan majoriti 27,179 dengan memperoleh 65,714 undi, manakala BN memperoleh 38,535 undi, PH memperoleh 8,340 undi, dan Pejuang yang memperoleh 506 undi.

Peguam mewakili Che Alias, Wan Rohimi Wan Daud, telah menyatakan sekiranya anak guam beliau ingin merayu ke Mahkamah Persekutuan, hakim memberi tempoh sehingga 3 Okt untuk memohon menggantung perintah hari ini.

Sehubungan itu, Che Alias dilaporkan berkata beliau akan serahkan kepada pimpinan parti untuk memguat keputusan seterusnya.

 

 

PALING POPULAR

To Top