Umum

Seksyen 498 kanun keseksaan untuk goda isteri orang dimansuhkan

Gambar Hiasan

Mahkamah Persekutuan di sini memutuskan kes lelaki menggoda isteri orang, mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan tidak lagi boleh diguna pakai dan dimansuhkan.

Ia selepas panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengisytiharkan memansuhkan seksyen itu kerana ia tidak berperlembagaan selain melanggar prinsip asas membabitkan kesamarataan jantina.

Pada Mac lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan permohonan seorang lelaki untuk merujuk persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan untuk diputuskan.

Lelaki berusia 53 tahun itu didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 2020 atas pertuduhan menggoda isteri orang di sebuah pangsapuri di Selangor pada 2018 selepas suami wanita itu membuat laporan polis.

Dia didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

 

Sumber FMT

 

Berita akan menyusul

PALING POPULAR

To Top