Umum

“Selesai saja sesi pembukaan parlimen, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus buat kerja sepertimana titah YDPA.”

Setelah selesai sesi mesyuarat pertama, penggal keempat Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat hari ini. Tan Sri Muhyiddin tidak teragak-agak untuk terus menunaikan kerja beliau sepertimana yang di titah YDPA. 

Beliau terus membuat tinjauan ke Aeon AU2 Setiawangsa di Taman Keramat bagi melihat sendiri pembukaan sektor ekonomi di bawah Pelan Pemulihan Negara. 

Beliau berkata “Saya berkesempatan beramah mesra dengan para pengunjung termasuk anak-anak kecil yang sudah mula menikmati cuti sekolah mereka.” 

Tambahan beliau “Dalam kunjungan saya ke kompleks beli-belah ini, para perniaga berkongsi situasi “on the ground” setelah mula beroperasi semula. 

Kunjungan itu juga kerana beliau ingin mendengar sendiri daripada mulut peniaga tentang pengalaman dan rintihan mereka dalam berhadapan cabaran mencari rezeki ketika musim pandemik. 

Seperti yang dapat dilihat dari video yang dimuat naik laman Facebook NH Online, dapat memperlihatkan bagaimana Tan Sri Muhyiddin Yassin begitu akrab dengan rakyat, sampaikan ada rakyat yang meluah rasa kecewa dan sedih apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. 

Menurut Muhyiddin, angka dan data yang dikumpul tidak akan lengkap jika pemimpin tidak mendengar sendiri suara dan aduan rakyat. 

Seperti mana kita sedia maklum, kerajaan membelanjakan lebih RM25 billion untuk bantuan tunai kepada rakyat yang memanfaatkan lebih 10.6 juta orang rakyat Malaysia. 

Beliau juga berikrar untuk membantu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tanpa sebarang imbuhan di atas pelantikan sebagai pengerusi MPN bagi meneruskan usaha memulihkan negara daripada impak pandemik Covid-19. 

Perkembangan lain pula, beliau akan membincangkan pembukaan sekolah dan institusi pengajian tinggi secara teratur dan selamat dalam mesyuarat minggu depan. 

“Saya akan mempengerusikan mesyuarat MPN pada Isnin depan dan akan memberi fokus kepada pembukaan sekolah dan institusi pengajian tinggi secara teratur dan selamat” kata pengerusi MPN itu dalam satu hantaran Facebook. 

Beliau mempengerusikan MPN sehingga perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos berikutan kehilangan sokongan majoriti di Dewan Rakyat apabila lebih sepuluh ahli Dewan Rakyat Umno diketuai bekas perdana menteri Najib Razak dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menarik sokongan terhadap beliau. 

PALING POPULAR

To Top