Umum

Semua penjawat awam akan dinilai sistem DEEP mula tahun ini

Gambar Facebook

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menyatakan semua penjawat awam akan dinilai menggunakan sistem Demerit Performance Evaluation (DEEP) bermula tahun ini.

Menurut beliau, pelaksanaan sistem DEEP telah dipersetujui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum menerangkan melalui sistem DEEP, kaedah penilaian bermula dengan mata 100 peratus dan demerit dikenakan jika penjawat awam berkenaan gagal mencapai objektif ditetapkan.

“Tujuan kita perkenal (DEEP), kaedah penilaian baharu adalah untuk pastikan pertamanya kita buat penilaian atas keupayaan dan kesungguhan pegawai laksana tanggungjawab diberikan.

“DEEP ini kita bagi (markah) 100 peratus. Kita demerit kalau katakan tidak capai petunjuk prestasi utama (KPI) atau tugasan gagal laksana,” katanya selepas menyampaikan amanat 2024 pada Selasa.

Mohd Zuki berkata, sistem DEEP dibuat bukan untuk menghukum mana-mana pihak tetapi bagi memastikan sistem penilaian relevan.

Sementara itu, beliau turut meminta seluruh warga perkhidmatan awam memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita semua perlu pastikan dasar diperkenal kerajaan disokong sebaik mungkin di semua peringkat,” katanya.

Dalam kenyataan beliau berkata bagi memastikan tiada isu pekeliling atau dasar yang lapuk berlaku, semua Ketua Jabatan diberikan masa satu bulan untuk meneliti semula dasar, pekeliling dan peraturan yang lapuk serta bertindih, mencadangkan penambahbaikan dan melaporkan semula kepadanya.

PALING POPULAR

To Top