Umum

Senarai Billionaire Forbes, Robert Kuok orang terkaya di Malaysia

Gambar Facebook

Forbes menyenaraikan taikun perniagaan Robert Kuok di tempat ke 176 dalam senarai Billionaire Forbes 2024 dengan nilai bersih sebanyak USD11.4 bilion.

Menerusi senarai tersebut, Robert Kuok, 100 merupakan orang paling kaya di Malaysia, diikuti pengasas Hong Leong Bank, Quek Leng Chan di tempat ke-287 dengan nilai bersih USD8.8 bilion, dan Ananda Krishnan di tempat ke-624, dengan nilai bersih USD4.9 bilion.

Menurut Data Forbes, Robert Kuok yang berpangkalan di Hong Kong telah kehilangan USD400 juta dan jatuh dalam senarai orang terkaya dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

Nasibnya turut dikongsi dengan beberapa billionaire Asia Timur lain, yang secara amnya mengalami penurunan.

Data dari Forbes juga mendapati terdapat lebih banyak billionaire daripada sebelum ini, iaitu seramai 2,781 secara keseluruhan, 141 lebih ramai daripada tahun lepas.

Forbes turut mendapati nilai bersih keseluruhan juga meningkat sebanyak USD2 trilion dari 2023 dengan mencatat jumlah USD14.2 trilion.

Gelaran orang terkaya tahun ini diberikan kepada pemilik LVMH dari Perancis, Bernard Arnaut dan keluarga dengan nilai bersih gabungan sebanyak USD233 bilion, namun senarai teratas masih didominasi oleh perintis teknologi, seperti Elon Musk (USD195 bilion), Jeff Bezos (USD194 bilion) dan Mark Zuckerberg (USD177 bilion).

 

PALING POPULAR

To Top