Umum

Senarai Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)

Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah mengumumkan senarai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi atau PEMULIH.

Pakej ini diperkenalkan bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang masih dalam fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Nilai keseluruhan Pakej PEMULIH adalah sebanyak RM150 bilion.

PEMULIH bertujuan untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat dan tertumpu kepada tiga fokus utama iaitu:

  1. Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
  2. Menyokong Perniagaan
  3. Meningkatkan Vaksinas

Berikut antara yang diumumkan:

  • Bantuan tunai langsung kepada rakyat berjumlah RM10 bilion termasuk tambahan BPR RM500 pada Julai
  • BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM100 sehingga RM1,400 akan dibayar pada bulan September nanti. Bulan September juga akan melibatkan bayaran ke atas kes-kes lulus rayuan BPR
  • BKC (Bantuan Khas COVID-19) bakal menerima RM500 pada Ogos, November dan RM300 pada Disember
  • Bantuan Kehilangan Pendapatan kepada individu terkesan berdasarkan data KWSP dan PERKESO
  • Elaun mencari pekerjaan RM300 yang boleh didaftar melalui MyFutureJobs
  • Tambahan RM300,000 untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada semua ahli parlimen
  • Pengekalan harga runcit RON95, diesel, LPG
  • Pengawalan harga minyak masak RM30/botol
  • Subsidi pek polibeg 1kg dikekalkan pada RM2.50
  • Diskaun bil elektrik antara 5-40% had maksimum 900KWJ sebulan
  • Pemberian 1GB data harian Internet secara percuma sehingga 31 Disember
  • Bayaran tambahan GKP 4.0 berjumlah RM500 masing-masing pada September dan November 2021 (pendaftaran dibuka pertengah Julai nanti)
  • PSU 4.0 untuk memanfaatkan lebih 2.5 juta pekerja (tiada syarat had gaji ditetapkan)
  • i-Citra KWSP bagi pengeluaran maksimum RM5,000

PALING POPULAR

To Top