Entertainment

‘Siakap dari Langkawi pun sanggup saya belikan’ – Ucapan ulang tahun perkahwinan Chong Wei cuit hati peminat

Tarikh 10 November setiap tahun menjadi hari istimewa buat Datuk Lee Chong Wei dan isteri tercinta, Datin Wong Mew Choo.

Ia adalah tarikh pasangan itu mendirikan rumah tangga seterusnya menyambut ulang tahun perkahwinan setiap tahun.

Chong Wei menerusi hantaran di media sosial menampilkan sisi lucu dan romantiknya dalam satu ucapan istimewa yang ditujukan khas buat Mew Choo yang nyata mencuit hati peminat.

 

 

“Ulang tahun perkahwinan kesembilan ini ‘low key’ sikit, tapi saya akan belikan ikan siakap dari Langkawi itu (untuk kamu),” ucapnya dalam laman Instagram pada Rabu bersempena hari istimewa itu.

Beliau dalam masa sama, mengimbas kembali saat melamar isterinya dalam keadaan gementar.

“Saya tidak tahu bermimpi sehingga saya bertemu kamu. Beberapa tahun lalu, ketika saya melamar kamu di Gold Coast, ia adalah merupakan saat yang paling gementar dalam hidup saya.

“Lebih gan-jiong (pinjam sikit ayat Boon Heong) daripada perlawanan akhir olimpik. Lebih gan-jiong dari mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Saya berlatih banyak kali (untuk melamar), tetapi apabila saya membuka mulut saya masih gagap dan lari dari nada.

“Jantung saya jatuh apabila kamu berdiam selepas saya bertanyakan soalan itu. Adakah saya tidak baik? Saya tidak hensem? Saya lihat di cermin, bukan Andy Lau tetapi masih boleh cari makan muka saya. Tetapi nasib baik, selepas lama berdiam, kamu menitiskan air mata dan bersetuju,” katanya berkongsi detik istimewa itu.

Tambah Chong Wei lagi, dia bagaikan tidak percaya apabila dapat disatukan dengan pilihan hatinya itu.

“Sehingga hari ini saya bagaikan tidak percaya, kita bersama. Dengan dua anak dan dengan masa depan yang saya tidak sabar untuk harungi bersama kamu. Saya berjanji dengan ibu bapa awak yang saya akan melindungi awak.

“Saya masih berpegang kepada janji itu. Matahari dan langit juga sanggup saya curi untuk kamu, sekiranya kamu mahu,” kongsi jaguh badminton itu lagi dalam hantaran romantiknya kepada isterinya.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top