Umum

Sri Aman catat IPU tidak sihat

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sri Aman, Sarawak menunjukkan tahap tidak sihat setakat jam 8 pagi pada Rabu.

Berdasarkan laman web Jabatan Alam Sekitar, kawasan tersebut merekodkan IPU tertinggi dengan bacaan 130.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas di bawah kategori berbahaya.

Selain itu, IPU di Cheras, Kuala Lumpur dan Serian, Sarawak berada di tahap sederhana menghampiri bacaan tidak sihat masing-masing mencatat bacaan 92 serta 97.

Orang ramai boleh merujuk laman web APIMS untuk mengetahui tahap IPU terkini. – Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top