Business

Hyatt Place Hotel pertama di Malaysia kini dibuka di Bukit Jalil

Hyatt Place Hotel yang pertama telah dibuka di Malaysia, penanda usaha membawa jenamanya di pasaran antarabangsa semakin berkembang, bagi manfaat tetamu hotel dan juga ahli “World of Hyatt”.

Hotel baru itu mempunyai rekabentuk intuitif, serta dihiasai suasana yang santai dan perkhidmatan yang praktikal seperti Wifi percuma dan pilihan makanan 24 jam yang terdiri daripada menu antarabangsa dan tempatan.

All Day Dining Area

Hotel jenama antarabangsa dengan kesediaan 250 bilik yang luas dan serba moden termasuk “Cozy Corner Sofa-sleeper” itu juga dilengkapi “rooftop bar”, Valentina, sebuah Cucina e bar yang berkonsep gabungan elemen tradisi Itali dan keanggunan moden.

King Bed Guestroom

Bagi yang memerlukan ruang untuk penganjuran acara mahupun mesyuarat, terdapat ruang luas dan fleksibel sebesar 4,520 meter persegi untuk digunakan.

Ballroom of Hyatt Place

Dalam kenyataan, Hyatt place berkata “Hyatt Place mengimbangi gaya dan kemudahan 24 jam untuk memberikan pengalaman yang baik untuk pengembara masa kini.”

Ia dibuka pada kawasan strategik yang dikelilingi oleh Stadium Nasional, pusat konvensyen, kelab golf dan taman rekreasi. Ia juga terhubung dengan lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Subang) yang hanya 30 minit melalui perjalanan lebuhraya dan 45 minit ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengurus Besar Hyatt place, Kevin Flynn berkata “pihak kita (Hyatt Place) berasa sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada pendorong perkembangan ekonomi Bukit Jalil dengan pembukaan hotel di kawasan ini dan di Malaysia”

“Degan reka bentuk bilik yang mengasingkan kawasan bekerja dan kawasan tidur, tetamu yang “multitasking” ataupun berbilang tugas akan dapat menyelesaikan apa yang diperlukan semasa dalam perjalanan” katanya lagi.

Terdapat tawaran sempana pembukaan iaitu harga sebilik bermula Rm385+ termasuk sarapan pagi untuk 2 tetamu, yang kini boleh didapatkan di laman web hotel.

Sehubungan itu, ahli “World of Hyatt” yang menepah bilik terus di laman web hotel akan mendapat 500 poin bonus tertakluk kepada terma dan syarat.

 

 

PALING POPULAR

To Top