Umum

Stadium QPR dengan rasmi dikenali sebagai “MATRADE Loftus Road Stadium”

Gambar FB QPR

Perbadanan Pembangungan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengumumkan penamaan stadium kelab bolasepak Queen Park Rangers sebagai “MATRADE Loftus Road Stadium”.

Pengumuman berkenaan telah dibuat oleh pengerusi MATRADE Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bersama pemilik bersama kelab Queen Park Rangers (QPR) Datuk Ruben Gnanalingam Abdullah, yang juga Ahli Lembaga Pengarah MATRADE ketika lawatan rasmi ke Stadium Loftus Road di London pada hari Sabtu.

Ketua Pegawai Eksekutif QPR Lee Hoos berkata pihaknya melihat perjanjian ini sebagai tindakan yang saling memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Menerusi kerjasama strategik ini Stadium QPR iaitu Loftus Road kini dinamakan MATRADE Loftus Road Stadium berkuatkuasa sehingga musim 2025–2026.

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Datuk Mohd Mustafa turut menjangkakan pendedahan MATRADE di Loftus Road akan meningkatkan lagi jumlah eksport produk dan perkhidmatan keluaran syarikat Malaysia ke United Kingdom dan Eropah.

MATRADE merupakan agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri (MITI) yang bertanggungjawab membangun dan mempromosi eksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

PALING POPULAR

To Top