Umum

Sultan Johor diisytihar Yang di-Pertuan Agong ke-17

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar diisytihar sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-17 bagi tempoh 5 tahun berkuat kuasa 31 Januari 2024.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, pemilihan baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-263 (Khas), yang dipengerusikan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah di Istana Negara pada hari Jumaat.

Mesyuarat tersebut dihadiri semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja kecuali Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V,” katanya dalam kenyataan rasmi.

Menurut Syed Danial, mesyuarat tersebut turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.

Sultan Ibrahim dipilih bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada 30 Januari 2024.

 

 

Sumber Awani

PALING POPULAR

To Top