Umum

BNM keluar amaran serangan siber terhadap institusi kewangan

Gambar Facebook

Bank Negara Malaysia (BNM) melalui platform Risikan Ancaman Siber Sektor Kewangan (FinTIP) mengeluarkan amaran ancaman serangan siber terhadap institusi kewangan dalam negara.

Dalam suatu kenyataan, BNM berkata, notis dikeluarkan bagi membolehkan organisasi kewangan mengambil langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya.

Menurutnya, ia bagi melindungi sistem dan mengelakkan sebarang kemungkinan gangguan perkhidmatan.

BNM dan industri kewangan sentiasa berkongsi maklumat mengenai kemungkinan ancaman yang berlaku di dalam ruangan siber.

FinTIP sentiasa memantau landskap siber dan akan memaklumkan tentang kemungkinan ancaman baharu termasuk peningkatan aktiviti penggodaman.

BNM membuat kenyataan ekoran notis Financial Sector Cyber Threat Intelligence Platform (FinTIP) yang tular di media sosial.

Dalam notis yang tular itu, terdapat 10 kumpulan penggodam pro-Israel yang dikesan berkemungkinan melakukan serangan balas dendam susulan tindakan penggodam Malaysia, DragonForce melancarkan Operasi Badai Al-Aqsa baru-baru ini.

Kumpulan yang disenaraikan termasuk Team UCC Operations or Unknown Cyber Cult, Kerala Cyber Xtractor, SilentOne, Indian Cyber Force, Garuna Ops,Israel Cyber Defence, Termux Israel, Anonymiss, Gaza Parking Lot Crew dan Silencer of Evil.

BNM juga memaklumkan notis FinTIP merupakan pemberitahuan untuk berjaga-jaga, yang dikeluarkan secara rutin kepada institusi kewangan dan rakan kerjasama mereka yang berkaitan.

PALING POPULAR

To Top