Sumber DAP menyatakan aduan prestasinya sebagai menteri sumber manusia, selain faktor politik dalaman parti antara penyumbang V Sivakumar disingkirkan dalam rombakan Jemaah Menteri.
Menurut laporan FMT, sumber enggan dinamakan itu berkata, “kesilapan” Sivakumar kerana gagal membuang pegawai kementerian itu yang “tidak kompeten” dalam pentadbiran terdahulu, sekali gus menjejaskan reputasinya.
Kata sumber itu lagi, terdapat juga rungutan daripada penyokong parti berkait prestasinya, namun tidak diperincikan.
Sivakumar bukan dalam senarai pendek bagi jawatan menteri sebelum ini, jelasnya
“Pelantikannya (sebagai menteri sumber manusia) mengejutkan banyak pihak dalam DAP kerana kami diberitahu namanya tiada dalam senarai pendek parti.
“Jadi, pengguguran Sivakumar dan pelantikan Steven Sim sebagai menteri penuh sebenarnya sejajar senarai pendek asal.”
Rombakan kabinet yang dilaksanakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyaksikan pelantikan Sim, yang juga setiausaha organisasi DAP sebagai menteri sumber manusia, yang sebelum ini adalah timbalan menteri kewangan.
Sumber FMT