Suntikan vaksin bagi fasa ketiga yang bagi dewasa melebihi usia 18 tahun di Lembah Klang akan bermula hari ini.
Ketetapan tersebut dibuat selepas 99 peratus warga emas di Lembah Klang dan 88 peratus di Selangor yang berdaftar untuk mendapatkan vaksin, telah menerima suntikan dos pertama atau mendapat tarikh janji temu masing-masing.
Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, “Oleh yang demikian saya membuat keputusan, fasa ketiga di Lembah Klang akan bermula Isnin,”
Tambah beliau “bagi warga emas yang belum mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera sebelum ini, namun baharu mendaftar ketika memasuki fasa ketiga, maka mereka akan didahulukan dalam senarai vaksinasi”.
“Ini bermakna vaksinasi akan dilakukan secara serentak, kita tidak akan mengambil vaksin yang diperuntukkan kepada warga emas, sebaliknya kita memang ada tambahan vaksin untuk fasa ketiga,” ujarnya.
Khairy turut memaklumkan, mana-mana negeri yang sudah melengkapkan hampir 90 peratus fasa kedua boleh memasuki fasa ketiga.