Umum

Vietnam Rayu Sumbangan Vaksin Dari Rakyat 

Vietnam, pernah menjadi contoh bagi kejayaan dalam membendung pandemik COVID-19, kini mula merayu sumbangan daripada orang awam untuk membeli vaksin ketika ia bergelut mengekang satu gelombang baharu koronavirus.

Negara Asia Tenggara itu hanya menerima vaksin satu peratus dengan populasi hampir 100 juta orang. Pihak berkuasa Vietnam juga, semakin waspada terhadap peningkatan mendadak kes kebelakangan ini.

Sejak minggu lalu, orang awam menerima sehingga tiga teks pesanan ringkas menggesa mereka menyumbang kepada dana vaksin COVID-19, manakala kakitangan awam digalakkan untuk menghulurkan sumbangan daripada pemotongan gaji bulanan mereka atau mendermakan gaji sehari mereka.

Sesetengah penduduk bimbang impak virus ke atas ekonomi. Vietnam berkembang tahun lalu, kini bagaikan lumpuh apabila jumlah kes meningkat tiga kali ganda sejak April dan mencapai hampir 9,000.

Meskipun jumlah itu lebih rendah berbanding kebanyakan jiran-jiran Asia Tenggara, kadar vaksinasi Vietnam per kapita adalah terendah di rantau itu dan antara yang terendah di Asia, menurut kiraan oleh AFP.

PALING POPULAR

To Top