Selebriti

Sweet Qismina pilih tarikh lahir ikat tali pertunangan dengan Adam Lee

PELAKON Sweet Qismina mengikat tali pertunangan bersama kekasih aktor kacak Adam Lee bersempena tarikh hari lahirnya semalam.

Menerusi laman sosial Instagram, Sweet atau nama lengkapnya Farhanna Qismina Supandi, 24, berkongsi momen-momen pertunangan yang berlangsung semalam untuk tatapan umum.

“Thank you for the wishes, my Fiance,” tulis Sweet di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian itu lagi, pasangan tersebut kelihatan sepadan mengenakan persalinan songket berwarna biru.

Lebih istimewa, Sweet turut berkongsi cincin pertunangan yang bertatahkan batu nilam.

Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya menitipkan ucapan tahniah pada pasangan selebriti ini.

“Tau tau engaged. Congrats korang,” ujar Haziq Husni.

“Congratulations babygirl,” ucap Uqasha Senrose.

“Aww you look beautiful. Can’t wait for your big day,” komen seorang wargamaya.

“Cantiknyaa sweet,” puji seorang wargamaya.

“I’m so happy for you sweet, tahniah,” komen seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 50,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Sekadar info, Sweet dan Adam atau sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 26, mula menjalin perhubungan cinta sejak 2019 lagi semasa sama-sama menjadi teraju utama drama bersiri ‘Adam Chempaka’.

 

PALING POPULAR

To Top