Umum

Tak berkecil hati tiada jemputan berbuka bersama PM – Sanusi

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor tidak berkecil hati walaupun tidak mendapat jemputan untuk ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sungai Petani, hari ini.

Kata beliau, majlis tersebut bukan melibatkan program rasmi pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

“Tak ada jemputan saya pun tak tahu apa (mengenai program berbuka ini). Depa (mereka) tak jemput saya tak pergi.

“Itu benda kecil, buka puasa sahaja tak jemput tak apa. Bukan program rasmi kerajaan walaupun berbuka puasa, kalau program untuk pentadbiran kerajaan itu betullah kena panggil saya. Tak ada berkecil hatilah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan Para Sukma XX di Kompleks Belia dan Sukan di sini malam semalam.

Kata beliau, beliau pada masa sama mempunyai program berbuka lain yang harus dihadirinya.

Terdahulu, Perdana Menteri, dijadualkan menghadiri beberapa program di Pulau Pinang diikuti Majlis Berbuka Puasa Anjuran Kementerian Dalam Negeri di Sungai Petani pada petang ini. – KOSMO! ONLINE

PALING POPULAR

To Top