Buletin

Tanpa PN dan sokongan Melayu, ia bukan kerajaan perpaduan, kata Bersatu

Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu berkata kerajaan yang dibentuk oleh Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri bukan kerajaan perpaduan, mengatakan ia didominasi oleh DAP dan Perikatan Nasional (PN) bukan merupakan sebahagian daripadanya.

Dalam sebuah kenyataan, Faizal berkata PN yang mewakili orang Melayu tidak dimasukkan dalam pembentukan kerajaan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Anwar menjadi PM bukan dengan sokongan majoriti rakyat tetapi melalui pencaturan politik dengan BN, di mana Anwar berjanji kepada rakyat semasa kempen tidak akan bergabung dengan BN yang terpalit dengan skandal dan rasuah. 

“Lain daripada Muhyiddin Yassin yang enggan berurusan dengan Zahid, atau pun menggugurkan tuduhan rasuah terhadap beliau semasa Muhyiddin memegang jawatan PM.”

Cadangan kerajaan perpaduan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bagi merungkai kemelut politik selepas pilihan raya umum baru-baru ini.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang pada mulanya menyokong PN kemudian bertukar pendirian selepas mengadap Agong sekali gus akur dengan cadangannya.

Sementara Umno berkata ia menyokong kerajaan perpaduan yang tidak diterajui PN.

Istana Negara dalam satu kenyataan mengumumkan Anwar sebagai perdana menteri semalam tidak menyatakan kerajaan ini sebagai kerajaan perpaduan.

Sumber: Malaysia Now

PALING POPULAR

To Top