Umum

Tempoh pembaharuan LKM, LMM dilanjutkan hingga 31 Disember

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan melanjutkan tempoh pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang tamat tempoh sah, hingga 31 Disember depan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata justeru mana-mana pemilik LKM dan LMM yang sudah tamat tempoh sah, tidak akan dikenakan tindakan penguatkuasaan serta pematuhan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Namun bagi melindungi pemandu dan pengguna jalan raya yang lain, katanya, pemilik LKM tamat tempoh sah masih perlu memastikan kenderaan berkenaan dilindungi insurans yang sah.

Beliau berkata, pemilik terbabit juga perlu memapar dan menunjukkan Sijil Perlindungan Insurans yang sah untuk pemeriksaan.

“Kementerian Pengangkutan amat peka dengan maklum balas dan kesukaran orang ramai dalam menggunakan perkhidmatan agensi di bawahnya seperti JPJ, ketika negara dilanda pandemik COVID-19.

“Justeru, Kementerian Pengangkutan memutuskan untuk memberi pelanjutan tempoh pembaharuan LKM dan LMM hingga 31 Disember 2021,” katanya pada sidang media, hari ini.

Susulan itu, Ka Siong berkata, kenyataan sebelum ini yang menyatakan tindakan akan diambil terhadap mereka yang tidak memperbaharui LKM dan LMM, mulai 1 Oktober depan, tidak akan dilaksanakan.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top