Umum

Tertukar Anak, Siti Jamumall Ambil Tindakan Terhadap Hospital!

Siti Jamumall terkejut apabila mendapati bayi yang dilahirkannya tertukar selepas dibawa pulang ke rumah dari sebuah hospital swasta di Shah Alam.

Usahawan dalam talian Siti Suriani Wahiddin, 23, mendakwa dia kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak hospital yang menyerahkan bayinya kepada pasangan lain tanpa membuat pemeriksaan teliti.

Menurutnya, perkara tersebut dikesan setelah dia pulang dari hospital apabila suaminya membaca tag nama yang terdapat pada bayi tersebut.

“Bila saya balik, suami saya cabut tag pada kaki bayi dan suami hampir buang tag. Nasib baik baca nama tag kaki, tapi bila tengok nama ibu di tag kaki, nama ibu lain iaitu Dianah.

“Ini bukan drama, ini realiti. Sebelum ini hanya tengok drama anak tertukar, tapi kini jadi betul-betul kepada diri saya,”

Katanya, mereka kemudian diminta ke hospital untuk proses pertukaran semula bayi selepas pihak terbabit berjaya mengesan ibu bayi itu.

“Bagai nak gugur jantung saya apabila pihak hospital sahkan bayi saya tertukar. Namun saya bersyukur bayi saya dijaga oleh pasangan yang baik.

“Pagi ini saya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Saya harap pihak hospital bertanggungjawab dan saya akan merujuk kes ini dengan peguam untuk tindakan susulan,”

Dia yang sudah membuat laporan polis dan harap pihak hospital bertanggungjawab juga merujuk kes ini dengan peguam untuk tindakan susulan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Suriani (@sitijamumall)

Dia melaporkan mengenai kejadian itu menerusi siaran langsung secara live di akaun Facebook Jamumall.com.

Ketika siaran langsung itu, pasangan suami isteri berkenaan dalam perjalanan untuk menghantar bayi tersebut ke hospital.

PALING POPULAR

To Top