Umum

Tiket feri ke Langkawi habis dijual

Kesemua 7 trip perjalanan feri ke Langkawi bagi laluan Kuala Kedah ke pulau peranginan itu habis terjual untuk hari perjalanan hari Sabtu.

Semakan di aplikasi jualan tiket feri telah menunjukkan trip pertama pada pukul 7.30 pagi yang menawarkan 651 tempat duduk habis ditempah pengguna termasuk pelancong.

Perkara sama juga dilihat bagi tiket perjalanan feri yang lain dari Kuala Kedah turut habis dijual.

Menurut laporan di Utusan, tinjauan yang telah dilakukan di Jeti Kuala Kedah mendapati keadaan trafik tidak terlalu sesak, bagaimanapun ini dipercayai disebabkan penumpang sudah membeli tiket masing-masing secara dalam talian.

Menurut seorang kakitangan di jeti yang enggan dinamakan, suasana berbeza sekiranya penumpang perlu membeli tiket di kaunter seperti dahulu yang menyebabkan jeti diserbu orang ramai tidak mengira waktu pada musim cuti.

“Sekarang dah mudah, penumpang beli secara dalam talian sahaja. Jadi mereka akan tiba di jeti sekurang-kurangnya 45 minit ke sejam sebelum waktu pelayaran.

“Sebab itu trafik di sepanjang jalan menuju ke jeti tidak lagi sesak seperti dahulu kerana hanya penumpang yang sudah memiliki tiket yang datang ke jeti,” katanya ketika ditemui Utusan hari Sabtu.

Carian di media sosial hari Ahad kelihatan keadaan di Langkawi yang agak sibuk di kawasan-kawasan “hotspot” pelancong.

 

Sumber Utusan

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top