Telekom Malaysia (TM) memperkenalkan pakej jalur lebar Unifi baharu yang menawarkan pengurangan harga yang ketara.
Dalam kenyataan, TM menjelaskan pakej baharu Unifi itu bertujuan menambah baik pengalaman pelanggan kepada 100 megabit sesaat (Mbps), yang akan memberikan pengalaman pengguna terbaik seiring dengan corak penggunaan kebanyakan pengguna hari ini.
Penurunan harga ketara yang diumumkan untuk masa terhas sahaja termasuk pelan 100 Mbps kepada RM99, yang hampir dengan harga pelan 30Mbps (pada harga RM89)
“Ia untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia boleh memanfaatkan kelajuan Internet yang lebih tinggi pada harga lebih rendah.” katanya.
Semua pelanggan Unifi yang layak akan dinaik taraf secara automatik kepada kelajuan internet yang lebih tinggi tanpa sebarang keperluan kontrak semula.
Peralihan naik taraf itu dijangka secara berperingkat mulai kini hingga Januari 2024.
Naib Presiden Eksekutif Unifi, Anand Vijayan berkata, Unifi juga akan menawarkan pelan jalur lebar berkelajuan tinggi 100Mbps tertumpu yang digabungkan dengan pelan data mudah alih UNI5G Pascabayar Tanpa Had 5G+4G Unifi.
Tawaran baharu yang turut disertakan telefon pintar 5G percuma, akan memberikan pengalaman sambungan tanpa putus yang terbaik melalui kontrak tiga tahun.
“Unifi akan terus menawarkan Pakej Rahmah Unifi untuk kumpulan pelanggan utama dan komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan, termasuk warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), komuniti B40 dan veteran” katanya lagi.
Sumber Sinar Harian